Friday, December 2, 2011

berakhirnya sebuah perjalanan agar sebuah perjalanan lain bermula

                  Hmmmm... panjang sungguh tajuk entri kali ni.... ntah nak letak tajuk apa... banyak kali juga nak postkan entri baru... tapi ternyata tarian jari-jemariku sumbang... tidak selaras dengan nyanyian mindaku... maka entri2 yang aku cuba masukkan kekal dalam draft post, untuk menyambungnya terasa mustahil pula... idea2 terasa terkurung di frontal lobe otak... akhir2 ini broca area juga terasa kacau bilau...


                 Kini sudah berada di tahun baru... belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru.. Moga Hijrah tahun ini membawa kita ke arah yang lebih baik... Imtihan juga sudah berakhir.. malah keputusan sudah di tangan.. Alhamdulillah.. berakhirnya sudah semester ini dengan kepuasan... Panjang sungguh mukadimah.. Padahal diri ini selalu berfalsafah "orang yang bijak mampu menyampaikan apa yang diiginkan dengan ayat seringkas yang boleh".. hmm ternyata aku belum cukup bijak... ilmu perlu dicari.. iman perlu disemai..

bukankah pesan Rasululullah SAW yang bermaksud;

"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik laki-kali mahupun perempuan." (HR. Ibn Abdulbari)


               kembali kepada tajuk entri ini... terpilihnya tajuk ini kerana berakhir sudah tahun lalu dan bermulalah perjalanan kita tahun ini.. malahan tiap hari perjalanan kita selalu kita tamatkan apabila kita menutup mata dan tidur.. dan utk aku... hari ini hari terakhir berada dalam T1S1... berakhirnya ia disini tanda bermulanya episod untuk semester seterusnya...


               Tapi bukan itu rasanya maklumat yang sedang beredar2 di minda ku kini.. Hmmm.. di pengakhiran T1S1, aku habiskan dengan menonton macam2 siri dan movie... dan ternyata.. mindaku memberi semacam reaksi yang aku sendiri sukar perkatakan... Cerita2 tentang manusia yang ingin berusaha.. mungkin kebanyakan drama yang aku tonton adalah kisah cinta.. Tapi bukankah realitinya, hidup ini berlegar2 tentang cinta juga... Tapi yang menarik minat aku sebenarnya.. dalam setiap drama yang aku tonton ia menunjukkan betapa sekecil manapun kita di dunia ini.. kita menjadi pelengkap bagi satu 'ekosistem'... tanpa kita mungkin ia tidak akan sama.. kerana setiap tindakan dan pergerakan kita akan memberi kesan kepada ,'ekosistem' itu...

              Cerita-cerita itu ternyata jauh dari realiti.. malah kita selalu berkata 'hidup ini tidak seindah drama ataupun wayang' ...tapi kenapa tidak ambil pengajaran dari tiap aspek positifnya.. kenapa kita manusia sering kali meniru yang buruknya... apakah salah jika meniru kesungguhan watak2 itu, keikhlasan dan kesetiaan tiap wataknya... dan penyesalan tiap antoganis di dalamnya.. kenapa yang kita nampak cuma fesyennya... yang kita dambakan cuma perlakuan sumbang hero heroinnya..  kita 'belajar' lakukan apa saja demi cinta walau kadang  syariat kita 'pijak' lumat... adui bingung aku, sungguh kitakah yang buta bodoh sehingga syaitan kelihatan terlalu bijak menipu kita...


              hmm... entri ini ternyata jauh menyimpang lagi... terlalu banyak yang berlegar2... tapi mari kita fikir2kan.. agar tiap perbuatan kita tidak pernah sia2..