Friday, October 28, 2011

Jangan lupa solat ya...


“Dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ruku’lah beserta orang-orang yang ruku.”
(Al Baqarah:43)

“Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu kewajipan
ke atas orang-orang yang beriman yang ditentukan waktunya.”
(Surah an-Nisaa’ : 103)

Renung-renungkan

CIRI-CIRI SOLAT YANG TIDAK DITERIMA ALLAH SWT

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :


1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung (menutup aurat)

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba’.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”
Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”


CIRI-CIRI SOLAT YANG DITERIMA ALLAH SWT


Hadir hatinya
 
Sesiapa yang solat dengan masih mempunyai fikiran yang tidak fokus maka mereka adalah penyembah yang lalai.


Bersaksi akalnya

Sesiapa yang solat dengan akalnya tidak memerhatikan setiap gerak-geri dalam solat tersebut maka mereka adalah penyembah yang pelupa.


Khudu' خضوع (menerima) kepada rukun-rukunnya

Sesiapa yang solat tanpa khudu', atau mengamati dan fokus pada setiap rukun-rukun dan bacaan dalam solatnya, maka orang itu adalah penyembah yang kering.


Kusyu' خشوع (menghormati) segala anggotanya

Sesiapa yang solat tanpa khusyu' anggotanya; iaitu setiap dari anggotanya bersolat seiring dengan hati dan fikiran yang redha kepada Allah, maka orang itu adalah penyembah yang salah.


 
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya di atas kepala dan kedua-dua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud, maka akan berjatuhanlah dosa-dosanya itu" [H.R.Attabrani]

Semoga bersama kita mendapat ganjaran solat-solat yang diterima Allah. Amin.
Wallahu a'lam.

Mari kita jadi golongan yang sedikit!!!!!

Sesak!!!! berpeluh-peluh aku dalam lautan manusia.. syukur telah ada coach untuk wanita di Malaysia ini.. tidak perlulah lelaki dan wanita berasak-asak di tren yang sesak... turun saja dari tren.. hujan turun dengan lebatnya.. awan hitam seolah membawa hujan yang tak akan berhenti... terperangkap aku sekali lagi.. kali ini bukan lautan manusia tapi cuaca yang rata-rata kita terlupa mensyukurinya...kalau tadi aku dibasahi peluh, sekarang aku bermandikan air hujan pula....hmmm keluhan kecil itu keluar dari bibirku.. cepat2 aku beristigfar... rezeki Allah tu... aduhai manusia.. hujan mengeluh panas juga mengeluh.. tapi itu sifat kita.... selalu saja melupakan nikmat yang diberikan Allah.... maka terlintas di fikiran ku satu doa yang diajarkan seorang sahabat kepada ku...


"Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit"

Doa ini sering diamalkan oleh seorang pemuda pada zaman Saidina Umar Al-khatab, pada satu hari semasa tawaf... Saidina Umar terdengar pemuda ini berdoa ini lalu kehairananlah beliau. Lantas bertanya kepada pemuda tersebut "Kenapakah kamu berdoa sebegitu, apakah tiada pemintaan lain yang ingin kamu pohon pada Allah?"

Maka menjawab lah pemuda ini " Ya Amirul Mukminin, aku membaca doa ini kerana aku takut pada penjelasan Allah dalam ayatnya :

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur". Al-Araf:10

pemuda itu berkata lagi, aku berdoa pada Allah agar tergolong dalam golongan orang yang sedikit kerana terlalu sedikit golongan yang bersyukur pada Allah...

Kisah ini memberikan iktibar yang besar. Kita hamba Allah yang selalu melupakannya... andai diberi kegembiraan.. jarang-jarang kita mensyukurinya.. walhal nikmat yang Allah beri pada kita terlalu banyak.. tiap hembusan nafas kita itu adalah nikmat Allah SWT.. tapi bila kita teruji walau sedikit cuma... kita terus berkeluh kesah... kita memikirkan kesusahan yang sedikit berbanding nikmat Allah yang banyak.... kadang kala tanpa kita sedari kita menjadi hamba Allah yang bersangka buruk pada pencipta kita... terkeluarlah ayat-ayat yang kurang wajar kita katakan.. "Kenapa aku yang diuji?".. "alahai malangnya nasib aku".."tak adilnya dunia" pelbagai lagi yang kita perkatakan.. kadang sehingga ayat-ayat yang keluar dari bibir kita kala teruji itu boleh menggugat akidah kita. Nauzubillah... bukankah Allah telah berkata dalam nota cintanya untuk kita;

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja  mengatakan;  "Kami telah beriman, sedangkan mereka  tidak diuji? Dan sesungguhnya  Kami telah menguji org2 yg sebelum  mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan,  sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." Al-Ankabut:2-3)

Dalam hadith qudsi Allah berfirman: "Pergilah pada hamba_Ku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya."
(HR Thabrani dari Abu Umamah)

Cuba kita selami ayat-ayat ini bukankah ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah pada kita hambaNya..oleh itu, mari kita pujuk diri yang suka mengeluh agar menjadi dalam golongan yang sedikit.. syukuri tiap yang Allah berikan pada kita.. Moga-moga kita peroleh "khabar gembira".. Insyaallah..


Dan ingat pulalah ketika Tuhanmu memberikan pernyataan: "Jika kamu bersyukur pasti Kutambah nikmatKu kepadamu; sebaliknya jika kamu mengingkari nikmat itu, tentu siksaanku lebih dahsyat. Ibrahim: 7

Karunia itulah yang disampaikan Allah sebagai berita gembira kepada hamba-hambaNya yang beriman dan mengerjakan kebaikan. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepadamu atas seruanku ini, kecuali hanya kasih sayang dalam kekeluargaan. Siapa yang mengerjakan kebaikan, Kami lipat gandakan kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Penilai. Ash-Syura: 23

Kaum Luthpun telah mendustakan peringatan Tuhan. Kami hembuskan kepada mereka angin puyuh, kecuali kaum keluarga Luth, mereka telah kami selamatkan sebelum fajar menyingsing. Suatu anugrah dari kami. Demikianlah kami memberi ganjaran kepada siapa yang bersyukur. Al-Qamar: 33-35


 Waallahualam...
Coach wanita yang lebih selamat dan selesa.. Terima kasih atas penghargaan ini...
 

Friday, October 21, 2011

jilbab mu wanita

 Subahanallah.... lama menyepi blog ini.. lantaran kesibukan yang menerpa.. kelas dari pagi ke petang memenuhi masa yang ada...... lantaran malamnya dipenuhi pelbagai aktiviti yang menuntut tenaga yang tersisa.. tiada masa untuk aku melawat blog usangku ini... namun hati rindu pada usrah yang mampu memberi ketenangan jiwa... maka ingin diri ini berkongsi sekali lagi tentang hijab kita... wanita islam... sesungguhnya kadang kita lupa dan alpa tentang tujuan kita memakai hijab itu.... kadang kita terleka mengikut arus semasa.. takut dikata kolot.. ingin cantik dimata dunia... nauzubillah.. bukankah cantik pada mata Allah SWT itu lebih utama.... untuk apa cantik pada yang tidak halal memandang kita?? fikir2kanlah.. sesungguhnya azab Allah itu amat pedih.... wallahualam..

Bijaklah dalam menutup auratmu teman-temanku



Friday, October 7, 2011

Pandangan mata mu...

       " Pandangan itu adalah panah-panah Iblis", kadang kita terlupa pada pesan Rasulullah s.a.w ini... Terlupa kita menundukkan pandangan, menjaga pandangan kita.. kadang kita faham dan tahu dengan memandang itu, kita melangkah mendekati kemaksiatan.. tapi kita pujuk diri.. "alah aku pandang jer... tak buat pun"... nauzubillah... Moga tidak pernah terlintas ini di hati kita.. Dikurniakan Allah deria kita ini untuk memandang yang baik-baik.... janganlah menzalimi diri kita sendiri... Ingat-ingatlah pada kalimah cinta Allah pada kita, Firman Allah SWT

Yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram). (Surah An-Nur, Ayat: 30). dan


“Dan katakanlah kepada para wanita yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya….” ( QS. An-Nur: 31).

Moga terjaga pandangan kita...

Saturday, October 1, 2011

Perjuangan seorang pelajar...........

            Akhirnya aku biarkan lagi jari jemari ku menari di sini... kesibukan menghadapi peperiksaan membataskan waktu untuk aku melawati alam maya.... selesai sudah pusingan pertama... kini aku sedang bersedia menghadapi peperiksaan yang akan melayakkan aku naik sem tahun depan.... macam-macam yang aku rasakan... Doakan aku ya teman... moga perjuangan ku sebagai seorang pelajar direadhai Allah di pertajamkan mindaku serta dipermudahkan aku menjawab soalan-soalan yang bakal terhidang nanti... Insyaallah...
          Sesungguhnya perjuangan ku ini demi sebuah harapan untuk sebuah kehidupan yang lebih sempurna... Jangan biarkan aku terleka... Cuit aku jika aku terlupa, kejutkan aku jika aku terlena, Moga perjalanan ini berakhir dengan sempurna.. dan moga perjuangan ku tidak terpesong dari jalannya.. Amin

Dari Anas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah berdoa:


Maksudnya: “Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki” (H.R Ibn Hibban dan sanadnya dihukum sahih bertepatan dengan syarat Muslim dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2886).