Thursday, September 22, 2011

Kata-kata

       Manusia... makhluk Allah yang suka berkata-kata... mengekspresikan rasa dalam bait-bait kata.. malah aku juga sedang berkata-kata dalam tiap huruf yang aku coretkan dalam laman ini... namun persoalannya, apakah yang kata-kata yang kita lafazkan yang kita keluarkan itu kita fahami dan kita sedari sepenuhnya.. atau sekadar kata yang terlepas dari bibir kita? Terjagakah lidah yang menyusun patah-patah kata itu? bak pepatah melayu, terlajak perahu boleh di undur terlajak kata badan binasa... Mudah-mudahan kita terpelihara lidahnya.... sedarkah kita akan kata-kata kita itu mungkin boleh mengakibatkan dosa... minta dijauhkan...lindungi aku Ya Allah..dan Lindungi kami ya Allah...


Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadits dalam kitab Shahihnya dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda.

"Ertinya: Sesungguhnya seorang hamba yang mengucapkan suatu perkataan yang tidak difikirkan apa kesan-kesannya akan membuatnya terjerumus ke dalam neraka yang dalamnya lebih jauh dari jarak timur dengan barat"

Muslim meriwayatkan sebuah hadits dalam kitab Shahihnya no. 2581 dari Abu Hurairah Rasulullah bersabda.
"Ertinya: Tahukah kamu siapa orang yang muflis? Para sahabat pun menjawab, 'Orang yang muflis adalah orang yang tidak mempunyai wang dirham mahupun harta benda. 'Beliau menimpali,' Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat, akan tetapi, ia juga datang membawa dosa berupa perbuatan mencela, menuduh, memakan harta, menumpahkan darah dan memukul orang lain. Kelak kebaikan-kebaikannya akan diberikan kepada orang yang dizalimi. Apabila amalan kebaikannya sudah habis diberikan sementara belum selesai pembalasan tindak kezaliman, maka diambillah dosa-dosa yang dizalimi itu, lalu diberikan kepadanya. Kemudian dia pun dicampakkan ke dalam neraka ".

Muslim meriwayatkan sebuah hadis yang panjang dalam kitab Shahihnya no. 2564 dari Abu Hurairah, yang akhirnya berbunyi

"Ertinya: Cukuplah seseorang dikatakan buruk jika sampai menghina saudaranya sesama muslim. Seorang muslim wajib manjaga darah, harta dan kehormatan orang muslim yang lain "


Waallahualam








Sunday, September 18, 2011

pergilah.... bukan saatnya lagi

Siapa aku pada kamu?
siapa pula kamu pada aku?
aku dan kamu tidak pernah tersatu sebagai kita
jadi apa yang kamu buat disini?
menatap aku dengan penuh harapan
sudah!
alihkan pandanganmu itu
aku tiada jawapan untuk persoalan yang kau hamparkan
bukan mainan ku perasaan
apa lagi antara aku dan kamu
yang wujud antara kita hanya ajnabi
antara kau dan aku tidak pernah ada janji
jadi apa yang kau tagih?
cukup sudah aku hadiahkan
keterasingan untuk kau dan aku
mengapa engggan kau mendengar kata
jauh antara kita bukti yang kukuh
sudahlah
kembali pada hak mu
tiada ruang di sini untuk mu...
bukan aku tidak sudi
masanya bukan disini
nantilahhhh... nanti sehingga ia pasti...
buat masa ini
pergilah... bukan saatnya lagi

hmmm.... sekadar bermonolog pada diri... menghalau agar rindu pada dia itu pergi... Cukup rinduku pada Ilahi, pada umi dan abi.. pada keluarga yang mengasihi... bukan pada dia yang tidak pasti.... Ya Allah... berikan aku ketenangan hati... moga rindu itu pergi...

Saturday, September 17, 2011

Bila ditanyakan padaku " Blog kamu bercerita tentang apa?"

              Malam sudah sampai di pertengahannya... aku masih tak mampu lelapkan mata... aduhai... sekejap duduk sekejap baring.. akhirnya aku menatap blog ku ini... 3 entri dalam 2 hari... mungkin esok akan bertambah lagi???? aku senyum saja....lalu aku teringat pertanyaan seorang teman... blog kamu tentang apa? islamic kah?  

               Aku terdiam dengan pertanyaan ini.... takut tersalah kata.. tersalah penafsiran menyebabkan yang menerima itu kurang faham atau mungkin disalah mengertikan..setelah berfikir barulah aku menjawab...tidak pernah aku khususkan blog ini tentang apa-apa? sebenarnya ia tentang apa yang aku fikirkan... apa yang berlaku dalam hidupku...apa yang ingin aku sampaikan dan apa yang ingin aku kongsikan... Jika kamu merasakan ia sedikit islamic, ya tepat sekali.. kerana aku seorang muslim.... jadi keseluruhan hidupku berkait dengannya... tidak dapat kamu asingkan islam itu dari seorang muslim... kerana setiap perlakuan, pergerakan kita itu boleh jadi ibadah atau dosa... malahan setiap hembus nafas kita itu ibadah jika kena pada caranya.... Islam itu jumud... ia merangkumi segala-segalanya...  
              
              Tapi ingin aku tegaskan sekali lagi, blog ini tentang apa yang berlaku di mindaku... maklumat yang dibawa impuls2 dan kemudiannya diedarkan oleh sinaps2 otakku untuk mengarahkan jari-jemariku menari-nari diatas papan kekunci lappy hadiah abiku (Syukran ya Abi, Sarang hae yo.. hihihi)...terlayan sebentar kerinduan buat org yang mendidik dan menjaga aku sejak dilahirkan... berbalik pada persoalan yang ditimbulkan. entri-entri ku kadang  tentang perasaan.. kadang tentang keindahan alam.. tentang kadang sains yang aku pelajari... ia mengikut saja rentak mindaku.. hidup ini terlalu menarik untuk aku ceritakan.... mungkin kerana itu entri-entriku suka berlari-lari dari satu topik ke topik yang lain.... itu mungkin yang dapat aku gambarkan... hihihi selamat malam teman.. moga terjawab persoalan mu... senyumlah selalu... kerana senyuman itu menjadikan wajahmu indah berseri....




    hihihi gambar-gambar diatas ni hiasan semata-mata... sekadar mencuci mata :p

Yang kat bawah ni pula mari kita sama- sama renungkan....

sering kita menadahkan tangan untuk berdoa pada Allah... maka jagalah tangan ini agar tidak berbuat dosa dan kerosakan... moga-moga tangan ini kita gunakan di jalan Allah... Insyallah...

Firman Allah SWT; Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahanmu) Asy-syura;ayat 30
Subahanallah Maha Pengasih dan Pengampun engkau ya Rab..

Rinduku pada dia





Ya Allah, sesungguhnya aku malu mengkhabarkan betapa hatiku merinduinya...
dan jika pengkhabranku itu menjemput hasutan syaitan.. biarlah ia terus terpendam situ ya Allah... Sesungguhnya akan aku nantikan saat Engkau menyatukan kami ya Allah... Kerana sesungguhnya ya Allah.. aku mencintai dia... Mencintai dia keranamu ya Allah... Anugerah yang kau kirimkan untukku tatkala melihat agamanya... agamaMU ya Allah... Ku mohon kepada mu ya Rahman... kau kuatkan aku dalam penantian ini.. dan kau kuatkanlah dia dalam perjuangannya.. Dia insan yang bakal memimpin hidupku.. insan yang bakal menanggung beban dosa-dosaku di bahunya... ku pohon pada mu ya Allah.. agar dia terpelihara imannya.. permudahkanlah urusannya... dan engkau perluaskanlah jalannya.. dan jika engkau terbitkan rindu di hatinya untuk ku.. berikan dia kekuatan menampung ujian itu, agar terluah rindunya di jalan syariatmu... Ku pohon pada mu ya Allah dekatkan lah hatiku dan hatinya... dan dekatkanlah hati-hati kami pada MU Ya Rab... Jauhilah kami dari kemungkaran... dan engkau peliharalah hati-hati kami ya Allah... Ku mohon kepada Ya Rahman.. agar cinta ini tidak ternoda nafsu... dan Ya Rahim... pintaku moga cinta ini menuju Syurga Cinta... Cinta yang didambakan semua mukmin... engkau jadikanlah aku halal untuknya Ya Allah... agar dapat aku mencintai dia sebagai seorang isteri...

Cinta dan keinginan

              Sesungguhhnya tidak dapat kita menipu diri.. mencintai itu fitrah kita manusia... ingin berpasangan itu keinginan yang semua insan ada.... cuma mencintailah kerana Allah... pilihlah pasangan kita kerana agamanya... jatuhlah kasih kita padanya kerana keimanan bukan kerana nafsu semata....

            Dan wanita, jika engkau ingin dia sebaik Saidina Ali... contohilah peribadi permaisuri hidupnya, Fatimah Az-zahra.. Perbaikilah dirimu........... insyaallah akan dihadiahkan Allah sebaik-baik pemimpin dan peneman hidupmu kelak..

Janji Allah  SWT
"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-prempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula.Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. mereka memperolehi ampun dan rezeki yang mulia" Annur ayat 26





Friday, September 16, 2011

Air mata si cengeng

               

                Tiada perasaan kah kamu bila dia menangis? kenapa? kerana air matanya murah? kerana dia si cengeng yang selalu menangis? kerana kamu sudah selalu melihat air matanya gugur? Masyaallah terfikirkah kamu kenapa dia menangis? tidakkkah kamu rasa bersalah kerana dia mungkin menangis kerana kamu ... mungkin kamu melukai hatinya...

                Firman Allah;
  "Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, tanpa ada kesalahan yang mereka perbuat, maka sungguh, mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata" Al-ahzab ayat 58


Bintang



             Semalam.. aku rindu pada kampung halaman, rindu pada langitnya yang indah.... langit yang aku selalu tatap demi mencari ketenangan.. di sini.. langitnya berbeza... jarang aku nampak kalibat bintang.. kadang ada kadang malu plak ia menunjukkan diri... atau sebenarnya ia keterbatasan mata ku... mata kita manusia.. kerna bintang itu sentiasa berada di tempatnya.... ratusan tahun manusia telah menjadikan bintang sebagai penunjuk arah kerana sifatnya yang tetap pada koordinatnya... saat kamu hilang di hutan maupun lautan, carilah bintang utara untuk kamu jadikan panduan... itu yang aku tahu sedikit sebanyak tentang bintang... untuk bercerita tentang bagaimana terbentuknya ia.. bukan kepakaranku... aku pencinta pada keindahannya.. tapi aku terlupa pula mempelajari bagaimana terciptanya ia... Masyaallah lalainya aku... 
                lalu pagi ini aku buka notebook kecilku.. mencari-cari bagaimana terbentuknya ia....pencarianku berakhir jua.. aku tahu kini.. bintang terbentuk dalam gumpalan awan bermolekul.. gas-gas akan berkumpul membentuk gumpalan awan di angkassa lepas.. gumpalan itu mengandungi gas hidrogen dan 23 hingga 24 peratus gas helium serta beberapa peratus lagi elemen berat... setelah beberapa lama ia menjadi kawasan yang padat dan tidak stabil secara graviti.. ia akan berpecah dan meletup. dalam letupan tersebut sebahagian daya graviti teras bintang hilang dan bertukar sebagai haba infra dan sekaligus meningkatkan suhu teras. Apabila kepadatan dan suhu menjadi cukup tinggi, pelakuran deuterium bermula, seterusnya tekanan luaran menghasilkan sinaran secara memperlahankan. Manakala bahan lain dari gumpalan awan disekelilingnya akan berterusan diserap ke dalam proto bintang. Akhirnya, hidrogen mula bergabung diteras bintang, dan bahan penyalut yang lain mulai hilang. Bagi bintang berjisim tinggi, tempoh proses pembentukannya boleh dibandingkan dengan skala masa lain bagi evolusi mereka. Ia lebih pendek, dan proses tersebut tidak ditetapkan dengan jelas. Bintang akan mencapai jujukan utama apabila terasnya mencapai suhu yang mencukupi untuk mencetuskan perlakuran hidrogen dan memulakan keseimbangan hidrostatik. Sepanjang bintang yang berada di dalam jujukan utama, ia secara perlahan-lahan menukarkan hidrogen kepada helium dan hayat bintang dalam jujukan utama akan tamat apabila hampir ke semua hidrogen dalam teras habis digunakan. Proses pembentukkan bintang tersebut memakan masa yang amat panjang iaitu jutaan tahun..
           selesai aku membaca proses ini, aku semakin kagum... semakin cantik bintang itu kelihatan di mataku... maha suci Allah yang menciptakan bintang-bintang.. sungguh luar biasa.. Subahanallah... indah sungguh ciptaanmu ya Allah... firman Allah:
           "Dan sungguh, Kami telah menciptakan gugusan bintang di langit dan menjadikannya terasa indah bagi orang yang memandang(nya)"Al-hijr;ayat16.
           "Demi langit yang mempunyai gugusan bintang, dan demi hari yang dijanjikan, Demi yang menyaksikan dan yang disaksikan"Al-buruj;Ayat 1-3.

 

Wednesday, September 14, 2011

kala aku rindu

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Hanya itu doa yang mampu ku lafazkan demi menenangkan resahnya hati.. sesungguhnya rinduku padanya tiada terkira.... Ya Allah, cinta ini anugerah dari MU.. walau tidak ku pinta kehadirannya, aku bersyukur punya rasa ini... walau impian ku untuk merasakan rasa ini selepas bergelar isteri, aku masih juga bersyukur.....

Mungkin ini dugaan yang ENGKAU hadiahkan buatku...harapanku moga ia tidak ternoda dengan nafsu.... moga rasa ini mengikatkan lagi kasihku pada MU Ya Allah, moga rasa ini menjadikan satu pertiga malamku lebih syahdu bersama MU Ya Allah... sesungguhnya... aku measa takut Ya Allah, takut hatiku terluka ya Allah... Kuatkan lah aku Ya Allah.............. Sesungguhnya aku lebih mendambakan kasihmu ya Allah.........

Monday, September 12, 2011

Hijabku

Hijab? Jilbab? Tudung? sinonim perkataan-perkataan ini dengan kita sejak kecil lagi. Di bangku sekolah dulu, diwajibkan kita oleh pihak sekolah memakai tudung.. mungkin untuk mendidik kita menjaga anugerah Allah yang diberikan kepada kita. Perhiasan yang akan kita persembahkan hanya buat tatapan sang suami bila tiba saatnya.

 Tapi akhir-akhir ini, aku merasakan tudung itu seolah menjadi fesyen... kadang ingin aku bertanya namun ku simpan dalam hati persoalan itu.. dan aku tanyakan pada diri sendiri dengan meletakkan diri pada keadaan kita sekarang....anak-anak gadis yang suka menFASHIONISTAkan diri...

"Mengapa kamu bertudung?"
mmm..mmm.... lama aku berfikir.. cuba selami hatiku, kemudian ia menjawab untuk menutup auratku...
( atau mungkin sebab mak suruh, perlahan jer tutur kata yang ini... ataupun.... sebab wajib pakai kat sekolah/ kat kolej?) <------ moga bukan ini jawapan yang hati kita beri....

kemudian aku tanya lagi "Mengapa kamu menutup auratmu"
jawab hatiku "kerana aku takutkan kemungkaran ALLAH" yakin jawapan kali ini...

namun belum jua aku berpuas hati
aku bertanya lagi, "Cukupkah hanya sekadar bertudung"
di sini hatiku terhenti sebentar... "mm... tak.. tapi...."

 Astagfirullah... baru aku tersedar.. ada celahnya di situ, ada sesuatu yang kita abaikan... terlupa pada apa yang Allah perintahkan pada kita dalam menjaga ANUGERAHNYA. Ya Allah ampunkan kami... kami khilaf.

Maka kembalilah pada Alquran dan sunnahnya, dihadiahkan Allah pada kita kalamnya yang memberi panduan untuk segala perkara dari sekecil - kecil hingga yang sebesar-besarnya.




Gambar-gambar ini sekadar renungan
                                     Moga terdidik di hati-hati kita agar memilih jalan kebenaran
                                                                

                                                                Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

                                                   Terjaga kah Aurat kita kalau begini?

Firman Allah S.W.T yang bermaksud;

         Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, " Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka". Yang demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali, sehingga mereka tidak diganggu.Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (Surah Al-ahzab; ayat 59)


* jilbab menurut Tafsir Alquran Darul Iman ialah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, waja dan dada.



                                                         tahukah kamu apa hukumnya ini?
Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
-hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

 
 bukankah begini juga kelihatan cantik?








dan kalau mampu, yang ini lagi cantik


Sunday, September 11, 2011

La Tahzan Gadisku...


LA TAHZAN GADIS KU, bernafaslah dengan bebas untuk menggapai segala impian dan janganlah kamu takut menghadapi masa depanmu... itu coretan Najlah Mahfuzh.. Tapi ini cerita tentang tarian jemari ku,  tentang perjalanan mindaku..

La Tahzan Gadisku,
Jika jiwa mu resah,
tenangkan lah ia dengan zikrullah
insyaallah kau ketemu
dengan yang namanya KETENANGAN


La Tahzan Gadisku,
Jika hatimu terluka,
Tangisilah ia,
dengan tangisan kegembiraan,
kerana Allah mengirimkan kepada mu
tanda kerinduaanNYA pada mu

La Tahzan Gadisku
Jika hatimu takut akan masa depanmu,
berpeganglah pada keyakinan
Cinta Allah pada hambanya
tak terkira luasnya..

La Tahzan Gadisku
Jika engkau tertanya-tanya
Siapa dia yang bakal menemanimu?
pemimpin di hari tua mu?
ingatlah Allah telah kirimkan dia untukmu
pada waktunya nanti tidak akan terlewat walau sesaat pun
dan dia adalah yang TERBAIK untukmu

La Tahzan Gadisku
andai kau masih juga bersedih...
ingatlah Allah sentiasa di sisimu
dan mungkin kesedihanmu itu
menghalang engkau daripada dosa
Insyaallah

Saturday, September 10, 2011

SeLamaT Kembali Teman

salam.... Pagi ni aku buka mata ngan senyuman kemudian aku megeluh, ku pandang katil sebelah yang kosong. Belum pulang lagi dia,bisikku.. Pasti roomate ku itu merasakan apa yang ku rasakan semalam.. beratnya hati meninggalkan keluarga tersayang...sedangkan aku cuma berpisah ngan adik pon menitis jua air mata. Tapi itukan adat resam dunia, bila kita hendakkan sesuatu, kita kena korbankan sesuatu. jadi wahai teman-temanku selamat kembali ke kolej indah kita ni... mari kita teruskan perjuangan... langkah seiringan... ini Amanah Allah yang perlu kita pikul...ilmu itu anugerah yang tiada ternilai........ Sambil tu mari kita renungi kalimah Allah, hadiah buat kita sebagai hambaNYA..


Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
            “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”.  (Az-Zumar:9)

Dengan ayat ini, kita seharusnya bersyukur... istimewanya kita kan....

Firman Allah S.W.T maksudnya:
“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)

Rupa-rupanya kita adalah yang terpilih, kadang kala kita terlupa itu.. Subanaallah

Firman-Nya lagi maksudnya:
            “Hanya sanya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”.   (Al-Faatir:28)

Insyaallah, bila kita berilmu kita lebih beriman...

ITU SAJA LAH.. SEKADAR INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT KEMBALI TEMAN...

Wednesday, September 7, 2011

Janjiku - masih tentang cemburu

Cemburu biasanya dikatakan sebagai perasaan yang negatif.
tetapi aku terbaca dalam satu blog yang mengatakan tentang pepetah arab yang bunyinya; CEMBURU ITU ADALAH CINTA
bibirku mengukir senyum, "Nah! hakikatnya ia mengenai cinta! dan islam itu adalah agama yang penuh dengan cinta dan kasih sayang.. namun bijakkanlah diri anda mendefinasikan cinta itu. Kerana cinta punya makna yang luas.. maka aku petik puisi ini dari blog yang aku lupa siapa pemiliknya, sudah lama sebenarnya.. (Sori ya akhwan dan terima kasih atas puisi ini)

katanya;

Tiap orang bebas memaknai cinta karena cinta itu sendiri bebas. Sampai saat ini belum ada yg menghak PATEN-kan makna cinta. So…Dg sendirinya ane juga berhak mencoba untuk melahirkan sebuah definisi tentang cinta (yassalaaam..hehe..).
Tp sayang seribu sayang aku tak sanggup mengungkapkannya dengan kata, terlalu berat, terlalu agung, terlalu indah.
Ketika Nabi Muhammad saw rela menderita demi membawa umat manusia pada cahaya. Itulah CINTA menurutku, tapi apakah kata yang tepat untuk itu, PENGORBANANkah???
Ketika Allah dengan setianya selalu menunggu kita untuk bercumbu dengannya di pertiga malam, selalu, setiap hari, padahal kita selalu mengabaikannya. Itulah CINTA menurutku, tapi aku tak tahu apa kata yang tepat untuk itu. keSETIAankah???
Ketika Allah selalu bersedia menerima kita kembali, mendengar kesah kita, mengabulkan pinta kita padahal berjuta pengkhianatan telah, sedang, dan selalu akan kita lakukan. Itulah CINTA menurutku, tapi aku tak tahu kata yang tepat untuk itu. keSEDIAankah???
Ketika Nabi Muhammad sahalallahu alayhi wasallam pada akhir hayatnya berkata “ummati, ummati, ummati”. Itulah CINTA menurutku, tapi aku tak tahu apa kata yang tepat untuk itu, sungguh aku tak tahu….!
ketika ibu ku mengandung ku selama 9 bulan,dengan menahan sakit yang amat sangat,tanpa sekalipun mengeluh.keSABARan kah?…
dan Ketika aku akan lahir ke dunia,ibuku bersedia menyerahkan hidupnya demi kehidupanku.aku sungguh tidak bisa menggambarkan kata cinta itu. . .
ketika ibu ku dalam keadaan yang lapar,menemui ada makanan dirumah,sedangkan aku juga merasa lapar,tetapi beliau berkata,”makanlah nak,ibu masih kenyang”.sungguh aku bingung,tidak ada kata yang tepat untuk menggambarkan cinta itu . . .
ketika ayah ku bekerja membanting tulang pagi malam,tanpa mengenal lelah,guna menafkahi aku dan ibuku.Itulah CINTA menurutku meski sampai kini aku tak tahu apa…..


Berbalik tentang cemburu.. hahah aku memang suka berbelit kan.... Maafkan aku...kadang tarian jari jemariku terlalu laju.. Negatifnya cemburu apabila kita menukarkannya kepada HASAD. Yakni mengharapkan nikmat atau kelebihan seseorang itu beralih kepada kita... hmm Nauzubillah.. jangan ya takut-takut menjurus kepada dosa.. maklumlah syaitan itu sentiasa membisikkan hasutannya di hati kita. POSITIFNYA cemburu pula apabila kita tukarkan ia menjadi GHITBAH; perasaan bahawa kita berhajat ingin mendapatkan yang lebih baik dari orang yang kita cemburui tanpa berharap bahawa nikmat yang ada padanya itu hilang. cemburu inilah yang akan mendorong kita kearah yang lebih baik..... 


jadi ingin aku simpulkan bahawa setiap perkara itu ada baik dan buruknya... kalau hati kita memilih yang baik ibadah lah ia.. jika sebaliknya.. hati-hatilah teman....

cemburu itu di tuntut islam

Rajin sungguh anak umi Halimah ni kan... hehehe  itu yang berlalu di minda ku kini.. buat masa ni kerap jari jemari ku menari di sini...mengetik bait-bait kata dari hati dan mindaku... mengisi kekosongan masa... almaklumlah masih bercuti....  hehehe banyak plak aku berbunga-bunga.. terus kepada point utama.. aku ingin bicara tentang cemburu... menurut persepsi kamu apa itu cemburu?? Hmmm.. aku juga kabur-kabur.. tapi kata org tua-tua ia tanda kita sayang... persoalannya bagaimana kita membuatkan cemburu ini menjadi Ibadah kepada kita? Ingat jangan jadikan cemburu itu membuat kita fasiq dan munafiq.. Nauzubillah.... cemburulah dengan berhikmah... cuma aku belum tau caranya.. insyaallah akan aku cari dan kongsikan di sini...


Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : “Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku”, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu nabi memberi respond : “Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. ” ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
 

blood Clothing @ macam mana darah anda membeku Part II

ok sambungan dalam laluan intrisik yer.. hihihi  penat plak jemari-jemari ni menari kat sini.

setelah fosfolipid dibebaskan ia akan bergabung dengan kolagen dan mengaktifkan faktor pembekuan XII dan seterusnya mengaktifkan faktor X. Fosfolipid dan ion kalsium Ca2+ juga bertindak mengaktifkan faktor X tadi. Selepas faktor X diaktifkan iakan bergabung dengan faktor V membentuk enzim prothombinase melengkapkan laluan intrisik.

Prothombinase akan menukarkan prothrombin kepada thrombin dengan bantuan ion Ca2+. kemudian Thrombin akan menukarkan fibronogen kepada fibrin. Fibrin seterusnya akan membentuk gegelung fibrin yang akan menyebabkan pembekuan darah.. yang nilah orang panngil keruping..

maka tamatlah pembekuan darah.. subahanallah... Begitu indah prosesnya kan...

blood Clothing @ macam mana darah anda membeku Part I


aku terasa nak pulak masukkan benda alah ni kat sini... ye lah classmate aku mengeluh katanya susah benar nak hafal proses ni... so sambil aku menghafal aku masuk kat sini terus... mana tau senang nak ingat.. hikhikhik so sambil2 baca tgk2lah gambar di atas

pembekuan darah berlaku apabila berlaku kerosakan atau kecederaan pada salur arteri. Pendek kata bila anda terluka. pada masa ini proses VASKULAR SPASM akan berlaku, iaitu vasokontriksi salur darah. Otot licin akan mengecut. Namun ingat vaskular spasm hanya dapat menampung pembekuan darah bagi luka yang kecil sahaja.

maka bermula proses kedua dimana platlet akan memainkan peranannya. Tisu yang cedera akan meransang pembebasan kolagen. Ia akan menyebabkan platlet yang keluar menjadi melekit (Perlekatan platlet). Platlet kemudiaannya kan membebaskan reaksi dengan menjadi aktif dan membebaskan kandungan vesikelnya; ADP, tromboxane A2 dan serotonin bagi mengaktifkan platlet bagi proses Vasokontriksi salur darah yang cedera. Pembebasan ADP menyebabkan platlet menjadi pekat dan menyebabkan pengumpalan berlaku

proses ketiga ialah pembentukan darah. ia melibatkan proses koagulasi iaitu tindakan kimia yang membentuk jaringan fibrin pada salur darah yang cedera. proses ini bermula melalui laluan ekstrinsik yang berlaku dalam beberapa saat sahaja. Ia diaktifkan oleh TF: Tissue Factor ataupun Thromboplastin yang dirembeskan ke dalam saluran darah oleh sel tisu yang rosak dari luar. dengan bantuan ion Ca2+ TF akan mengktifkan faktor X. Apabila faktor X aktif ia bergabung ngan faktor V untuk membentuk enzim protombinase bagi melengkapkan laluan ekstrinsik. Seterusnya laluan intrisik plak dimana ia lebih kompleks dan perlahan. disini activators akan bergabung dengan darah atau kandungan dalam laluan intrisik.kecederaan pada tisu endotelial menyebabkan kerosakan platlet yang menyebabkannya membebaskan fosfolipid.

Kekuasaan Allah


Di saat aku merenung ke luar tingkap, aku mengeluh merindui kampung halaman ku.. SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU, rindu pada udaranya yang segar.. Aku mengeluh lagi... hmmm.. JEREBU nampaknya... tapi aku terus juga duduk disitu... terus merenung kehadapan... lama-kelamaan otakku terhibur... melihat kereta-kereta yang bergerak.. kecil jer.. boleh muat dalam genggaman ku.. sesekali komuter lalu menggamit pandangan mataku.... leka aku dalam keadaan itu, Subahanaallah bibirku tiba-tiba berkata, cepat-cepat hatiku istigfar.... aku mengeluh, mencemuh keadaan kota yang sesak dan berjerebu tadi... Terlupakah aku, Jerebu itu hasil dari tangan-tangan manusia.. dan yang terbentang luas dihadapan ku ini adalah kurniaan Allah. Ilmu yang Allah kurniakan demi ketamadunan manusia, kemudahan kita... Ya Allah.. kini aku sedar bukan setakat  keindahan alam yang patut aku syukuri, tapi dalam jerebu ini aku sepatutnya bersyukur kerana dengan izinmu manusia mampu mencipta kereta, membuat besi terbang di udara.. Maha mengetahui engkau ya Allah...... Kekuasaan MU tiada batasannya...

Hijjaz- Dia Kekasih Allah


lagu yang sedap ni... hihihihi

Mood Jiwang...

sesungguhnya saat jari jemariku menari menghasilkan bait-bait kata ini, sememangnya aku dalam mood jiwang... hahaha.. agaknya PMS... tapi sesungguhnya aku merindui sesuatu yang bukan untukku... hati itulah yang perlu kita didik agar iman yang senipis kulit bawang, sehalus debu-debu yang berterbangan ini tetap utuh dalam jiwa... jangan resah... JIwang pon jiwanglah janji jangan kau lupa tanggungjawabmu sebagai hamba....

biarkan Cintaku itu berlalu

Ya ALLAH..Engkau Yg Maha Penyayang lagi Maha Mengasihi..

sungguh tak aku tahu di mana cinta ini brlabuh..
maka jgn lemahkn hati ini dgn ujian cinta yg hnya mmbuat aku dari jauh drMu. 
sesungguhnya hatiku resah ya Allah.. mengharapkan kasih sang adam yang bukan untuk ku.... salah pelabuhan ka yang telah hati ku tuju? Beri aku petunjukMU ya Rab.
Sesungguhnya aku merasa sakitnya... namun aku yakin pada janjiMU kerana bila Engkau kirimkan ujian buat ku ia adalah hadiah yang menyatakan kasih sayang MU.. sesungguhnya Ya Allah hanya kasihMU yang aku dambakan.
Kiranya cintaku berlabuh hanya untuk mengganggu keimananku, biarkan lah ia berlalu. Akan aku menanti dengan kesabaran. Janjimu itu tidak pernah terlewat. Kun fayakun itu hadiah mu untuk hamba-hamba MU.

 

janji Allah di LOHMAHFUZ

Tiga perkara sudah di janjikan ALLAH SWT yg tertulis di Lohmahfuz atas ksemua umat manusia..rezeki, jodoh dan ajal..perjanjian ini tdk sdetik pun lewat apabila tb masanya..usahkan ribut, taufan skali pun tdk akn boleh mnganjak janji ini..apa yg boleh kita lakukkan..hanya doa sbg pena utk mencoret kpd kisah pengakhir janji Tuhan.Tiadalah daya kita mempersoalkan apa yg d atur oleh_Nya yg Maha Berkuasa ke atas stp ssuatu..
Sahabat, kte ddatangkn sbg selemah-lemah kejadian dgn sberat-berat tanggungan..

"Dia Maha Mendengar dan Dia lbh tahu apa yg kte prl drpd apa yg kte mahu..Biar sdalam mana pun luka yg tertoreh, bdoalh krn ALLAH SWT Maha Memahami hati hamba__Nya"

tetapkanlah keyakinan kita.... bersabarlah

Allah itu sentiasa merindui kita..

ketika ALLAH rindu pada hambaNya, Dia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yg isinya adalah ujian.Dalam hadith qudsi ALLAH berfirman: "Pergilah pada hamba_Ku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya."
(HR Thabrani dari Abu Umamah)

ALLAH menguji keikhlasan kte bila bersendirian..ALLAH memberi kedewasaan bila bermasalah..ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan..
Sesungguhnya..ALLAH tak pernah ambil sesuatu yang kita sayang tanpa menggantikan yang lebih baik...

Ya ALLAH..redhakanlah rasa ini kelak menjadi rasa yg bahagia laksana syurga_MU yg kekal abadi di akhirat nanti...amin

bersabar dan berharaplah wahai insan..hanya kepada ALLAH SWT..
Katakanlah : "Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan semesta alam" (Al-An`aam:162)


bait-bait diatas aku ambik daripada facebook seorang teman.. kerana aku menyukainya aku masukkan di dalam blog ini... sesungguhnya indah kata-katanya menginsafkan aku...

RUSUK KIRI MU?

saat jauh dr mu,aku selalu jaga hatiku utkmu..

namun setelah sekian lma,
aku merasa lelah bharap,letih mnanti ssuatu yg tdk pasti..
aku merasa diberi harapan kosong dan tak pernah kau bri jwpn..

..phubungn yg samar btl2 mbuat jiwa kita sengsara..

Ya ALLAH..aku pasrahkn cinta nie pd_Mu
jalan mana yg hendak Engkau arahkn utk kmi..
hny satu pintaku,kuatknlh aku utk lewatiny..
Ya ALLAH..kuatkanlh imanku pd_Mu,hny pd_Mu aku bserah diri..amin



dan aku mohon agar kau memahami.. kita berserah pada Ilahi 



dan....
yakinlah telah diciptakan Allah si DIA yang terbaik untuk mu sejak engkau belum dilahirkan lagi. SABARLAH menanti kerana Allah itu amat mengasihanimu. Telah dituliskanNYA yang TERBAIK untukmu di luhmahfuz.... usah engkau gundah gulana... jika engkau MEMILIKI rusuk kirinya lambat laun akan hadir jua DIA akan menemani kehidupanmu.