Friday, January 13, 2012

indahnya ukhuwah kita

          Ketika entri ini aku tulis, air mata ku mengalir, air mata kesyukuran.... Syukur ya Allah... kau kirimkan aku sahabat yang menarik aku untuk berlari ke arah mu... sesungguhnya benarlah persahabatan yang terbina kerana perjuangan agamaMu terlalu manis... Sesuai  dengan Hadis Persahabatan: Tukang Besi dan Penjual Minyak Wangi;


"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)


             Akhwat2 ku kini umpama penjual minyak wangi itu... tanpa aku cari mereka... Kau temukan perjalanan kami ya Allah... Subahanallah.. besar nikmat mu ini....

           Dalam kelelahan aku melawan arus kehidupan... rupanya takdir yang terulis untukku  indah... padahal pada suatu ketika, terasa dunia ku kelam... kini hadir dai'yah2 yang misi hidupnya jihad, mengenggam erat tanganku.... ketahuilah sahabat aku menyayangi kalian, kerana solatku dalam saf bersama kalian membuat hatiku semakin kuat...dan semakin kuat lagi apabila kalian hadiahkan pelukan kala usai solat antara kita.. kala kalian mengusap air mata ku dengan wajah kerisauan..... aku tersenyum, hatiku menjerit sebenarnya.. air mata ini kerana aku bersyukur, kalian wujud dalam diari hidupku... maka ingin aku katakan lagi, aku menyayangi kalian.. Aku tahu kasih sayang itu  perlu diungkapkan, selaras riwayat Abu Daud yang berbunyi;

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” 


             dan teman... perjalanan yang bakal kita tempuh masih panjang.. dan mungkin ada diantara kita yang jalannya uda bersimpang... namun... ingatlah persahabatan kita... walau usianya muda.. tapi rasa yang tersimpan di dada terasa amat dalam.. tiada kata yang mampu mengungkapnya.. andai tersalah dan tersilap... maafkanlah.... dan terima kasih kerana sudi menjadi cermin ku..



"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud) 


No comments:

Post a Comment