Bulatan gembira kami terbentuk dibawa pokok berbumbungkan langit, berlantaikan rumput menghijau.... tarbiyah dari tadabur alam... itu konsep pertemuan hari ini. almaklumlah... hari-hari terperuk dalam bangunan, ke kelas, ke asrama dan ke kelas.... Di awal pertemuan, panggilan telefon dibuat buat murabbi yang disayangi... dia jauh di tempat orang.. namun suaranya begitu dekat... mungkin kerana "sekeluarga"(usrah itukan keluarga...)
Macam-macam di kongsikan bersama... lalu aku bertanya pada tiap akhwatku.... pada alam ini apa yang paling disukai... sorang kata pantai... kerana PANTAI membawa ketenangan. Kemudian seorang lagi kata ANGIN, angin juga menenangkan... tapi katanya angin malam tak elok untuk kesihatan (hmmm.. comelnya adek ini... sempat mengingatkan lagi tentang kesihatan), kemudian seorang lagi berkata, LANGIT.. kerana langit terbentang luas membuat dirinya rasa kerdil, langit yang hampir hujan paling disukainya, sejuk dan menyamankan katanya, dan seorang lagi kata POKOK, pokok itu hijau dan tenang... lagi pula itukan warna kegemaran Rasulullah SAW. kemudian akhwat ku yang seorang lagi berkata HUJAN, kerana hujan itu rahmat dari Allah... bila sampai giliran aku, aku kata BINTANG, kerana bintang itu cantik. Kemudian bila aku fikir-fikirkan dan timbangkan... walaupun semuanya berbeza kesukaan, tapi hakikatnya sama kami menyukai ciptaan Allah.. dan kami sendiri adalah ciptaan Allah... subahanallah... tidak perlu beralasan mencari kurangnya tarbiyah pada diri.... jika kita lihat pada semua yang ada disekeliling kita... itu adalah ciptaan Ilahi... bersyukurlah..... subahanallah maha suci Allah.
Sembang kami berterusan lagi, disulami gurau senda tarbiyah terselit pada tiap kata. kata akhwatku.. cik H... stressnya beransur pulih kini... ternyata bulatan gembira adalah ubat yang lebih baik berbanding ubat antistress di pasaran ya... Ngeeeeeeeee.... terima kasih bulatan gembira.. ternyata bulatan gembira ini adalah bulatan yang gembira...
Add caption |
No comments:
Post a Comment