Aidiladha di perantauan masih meriah diraih bersama... Cik Lisda pinjam pic hang yer.... ngeee... :p |
Ingin dikongsikan bersama hadis-hadis tentang persahabatan agar kita perolehi sahabat terbaik.. insyaallah
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud)
Pada suatu ketika saya memohon izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk pergi menunaikan umrah. Baginda mengizinkan saya. Beliau berpesan “Jangan lupa mendoakan kami wahai saudaraku.”. Saya amat berbesar hati dengan ungkapan Baginda tersebut. (Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. menerangkan:
“Tiap orang MuKmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:
1. iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,
2. menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,
3. menghulurkan simpati dengan harta sendiri,
4. mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,
5. menziarahinya ketika sakit,
6. mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan
7. tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”
(Riwayat Ibnu Babawaih)
Moga kejayaan kita perolehi... dan cuti yang akan datang dapat kita manfaatkan......
DAN
p/s.. nampak sangat tak sabar nak balik kampung... ngeeeeeeeeeeeeeee:P |
paling betul ^_^
ReplyDeletehihihihi....... rindu mah.. mau soto daging lagi ni
ReplyDelete