Tuesday, November 8, 2011

Siapa lebih baik? Akukah kamu?

          Sering aku terbaca artikel-artikel mengenai perbualan antara wanita muslim bertudung dan tak bertudung... aku baca dan aku ambil iktibarnya... namun tidak pernah terlintas di hati, persoalan itu wujud dalam pemikiran ku hari ini... Jika aku yang diajukan persoalan itu, mampukah aku menjawab sebijaksana itu..الله العلم
          Namun aku tahu, tudung bukan ukuran kebaikan dan kejahatan seseorang... kita insan yang tiada hak mengatakan itu, baik buruknya nanti Allah akan tentukan. Cuma menutup aurat itu perintah Allah SWT, bila kita bertudung dan menutup aurat seluruhnya, kita menjalankan perintah Allah SWT dan itu salah satu tanda ketaatan kita pada NYA. 
          Lalu timbul pula persoalan, siapa lebih baik yang tudung kecil ke tudung besar, aduhai... terkesima juga aku dengan persoalan ini. Kembali semula kita kepada konsep penutupan aurat... dan tanya pada diri kita, kenapa bertudung? Harap-harap janganlah kerana budaya atau terikut2 semata-mata. Dan janganlah pula kita jadikan tudung itu suatu fesyen semata-mata hinggakan terbuka perhiasan yang patut kita tutup demi cantik di mata manusia. Tanya diri kita, adakah tertutup aurat kita sepenuhnya bila mengenakan tudung itu di kepala kita? Apakah kita fahami tentang aurat sebenarnya?

Dalam firman Allah,

“ Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali kepada suami mereka…” (Surah al-Nur; 24:31)

FirmanNya lagi yang bermaksud: 

“Wahai "Nabi katakanlah kepada isterimu, anak-anak perempuan kamu dan isteri-isteri orang mukmin "Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.". Yang demikian itu agar mereka mudah dikenali sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha penyayang lagi Maha pengampun ".( Surah al-Ahzab;59) 

Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (Sohih Bukhari)

Jika kita selami penutupan aurat itu adalah menutup semua aurat kita kecuali yang biasa dilihat iaitu tapak tangan dan muka. Penutupan aurat yang sempurna juga adalah dengan mengenakan pakaian yang longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh seseorang wanita. Rasanya terjawablah sudah sama ada tudung kecil atau tudung besar yang dipakai, mana lebih baik... Kita rujuk semula pada hadiah yang diberi Allah pada kita, bukankah janji Allah terang dan nyata bahawa tidak akan sesat hambaNYA jika berpegang pada Alquran dan Assunah. Dan usah kita menghukum sesiapa dengan mengatakan 'aku lebih baik dari kamu', kerana itu hak Allah bukan kita. Cukuplah mengatakan aku menjalankan perintah Allah, Penciptaku yang apabila dia menyuruh hambaNYA akan sesuatu, tidak DIA perolehi keuntungan, dan jika kita hambaNYA engkar, sesungguhnya Allah tidak mengalami kerugian... Berfikirlah..

Dibawah ini adalah artikel2 yang aku baca dan aku rasa menarik:

Mari lihat tudung dari skop yang luas..
tudung ada beberapa cara cara:-
Tudung pada akhlak
Tudung pada wajahnya-Jgn sampai mengundang fitnah.
Kecantikan adalah pingitan buat suami,bukan pameran untuk lelaki ajnabi.
Tudung pada mata-Jgn matanya memandang lelaki lain selain mahramnya. Solehah yg hakiki,tidak dipandang dan memandang.
Tudung pada suara-Jgn lunakkan dgn tujuan memikat & mempersona.
Tudung pada hati- Mengingati ALLAH dan selawat kepada ALLAH.

Dialog dua wanita ( yg Buka Aurat vs Tutup Aurat ):

BA: Aku tetap nak buka aurat!
TA: Aku tetap nak tutup.

BA: Orang suka aku buka. Cantik katanya.
TA: Ada orang kata tak cantik tutup?

BA: Buka ni fesyen.
TA: Tutup still boleh berfesyen.

BA: Bila buka, ramai terpikat. Jodoh senang.
TA: Tutup - lebih ramai terpikat. Jodoh senang dpt yg soleh.

BA: Ketinggalan zaman tutup2 ni.
TA: Arahan al-Quran tak lapuk dek zaman.

BA: Dah rasa baik sangatla tu tutup aurat tu.
TA: Ada aku kata ko tak baik? Atau ko sendiri yg tetibe rasa diri tak baik?

BA: Tutup pun kena fitnah gak. Mulut cam harem fitnah org gak yg tutup aurat ni.
TA: Jika yg buka kena 1 juta fitnah, tutup kena 10 fitnah. Mana ko nak? Jgn salahkan majoriti bila minoriti yg mulut macam tu.

BA: Apasal nak tutup lak? Keindahan ni Allah bagi.
TA: Lebih indah di pandangan suami halal.

BA: Tak sedia lah nak tutup.
TA: Tak mengapa. Kain kapan sedia menutupi bila2 masa. Sedia atau tidak sedia.

p/s :      Fikir-fikirkan... jika sudah bertudung, sempurnakan penutupan aurat kita, jika belum, jangan ditangguh2 wahai saudaraku... sesungguhnya hidayah Allah bersama kita setiap hari.. Dan janganlah pula kita membanding-bandingkan, bahawa yang bertudung lebih baik dari yang tidak bertudung... Itu kerja Allah. 
             Namun jangan pula pemikiran dangkal kita pertahankan, memakai tudung tapi aurat masih terbuka dengan bangga mengatakan "oklah atleast aku bertudung juga, dari tidak bertudung terang-terang tak tutup aurat, ok lagi ni"... ketawalah syaitan bila tudung yang kita pakai tidak menutup dada, sanggul kita setinggi bonggol unta, baju kita menampakkan tiap "keindahan" yang diberi Allah. nauzubillah....
Waallhualam.

No comments:

Post a Comment