Sunday, November 6, 2011

seindah perhiasan dunia - Qanitah dan hafizah

Aidiladha tiba lagi... kali ini aku meraikannya bersama teman2 seperjuangan... jauh dari umi abi yang dikasihi... namun aku redha.... kejauhan ini adalah jihadku dalam menuntut ilmu.. agar nanti dapat ku berbakti pada masyarakat sebagai seorang muslimah berilmu.. Insyaallah... doakan aku.. imtihan sedang menjenguk ku kini....

Pagi ini aku terfikir sesuatu, melihat masjid yang penuh, rakan2 ku yang berpelukan mengeratkan silaturahim.. rakan-rakan yang mempunyai tekad yang satu ingin menjadi seindah perhiasan dunia.. wanita solehah.... namun adakah benar-benar kita mengetahui apa sebenarnya yang kita impikan itu? aku berfikir.. jawapannya kucari dan seperti biasa, kutemui ia dalam kalam Allah...

Surah al-Nisa' ayat 34, firman Allah:

..Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya...

Qanitah bermaksud ketaatan atas kemahuan, keinginan bukan atas dasar keterpaksaan atau kebodohan kita mengikut tanpa berilmu. Jika kita selami Allah memilih Qanitah bukan Ta'ati sedangkan keduanya ini membawa maksud yang sama. Qanitah lebih sesuai dgn fitrah wanita, ketaatan yang membawa jiwa yang menenangkan dan menyejukkan jiwa.. Kerana itulah wanita yang solehah itu mampu membawa ketenangan pada keluarga dan suami tercinta.

Hafizah seperti yang kita semua tahu adalah wanita yang menjaga dirinya, maruahnya disamping menjaga aib keluarga dan suaminya mahupun sesiapa sahaja. Tidak pernah berani membuka aib sesiapa kerana apabila kita membuka aib manusia lain, nescaya Allah membuka aib kita. Nauzubillah..... dan Ingatlah juga, sesiapa yang benar-benar menjaga dirinya dan agama Allah, Insyaallah akan diberi jagaanNya dan pertolonganNya


No comments:

Post a Comment