hehehehe, video ini aku rakam tatkala otak ini berfikir... kemana langkah kakiku,
berapa banyak langkah yang aku ambil tiap hari? dan seberapa banyak langkah
yang aku ambil mendekati mu ya Allah???
P/S : mari baca kat bawah.... Petikan hadis Qudsi, kitab Imam Al-Ghazali: Al-Mawa'iz Fil Hadis Al-Qudsiah)
" Wahai orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan apa yang sendiri tidak amalkan? Berapa banyak kamu mengatakan sesuatu sedangkan kamu tidak mengerjakannya.
Berapa banyak kamu menegah orang lain apa yang kamu sendiri melakukanya?
Berapa banyak kamu menyuruh orang lain sedangkan kamu tidak mengamalkannya?
Berapa banyak kamu mengumpulkan apa-apa yang kamu tidak makan?
Berapa banyak taubat yang ditangguhkan dari sehari ke sehari, kemudian dari setahun ke setahun kemudian untuk apa kamu menunggu?
Adakah kamu telah selamat daripada mati?
Adakah kamu telah terlepas daripada neraka dan telah terjaminkah keselamatan dengan mendapat syurga?
Adakah antara kamu dan Tuhan terjamin rahmat?
Nikmat-nikmat telah menjadikan kamu tidak tentu arah.
Kebaikan telah merosakkan kamu.
Panjang angan-anganmu terhadap dunia telah menipu mu.
Janganlah menuntut kesihatan dan kesejahteraan sekiranya kamu akan tertipu lagi dengannya.
Hari-hari kehidupan mu itu telah ditentukan dan nafas-nafas kamu dihitung. Utamakanlah bagi dirimu untuk barang yang kekal bagi mu di akhirat.
Wahai anak Adam, sesungguhnya kamu mara bersama amalanmu.
Setiap hari umurmu semakin berkurangan semenjak engkau dilahirkan, maka bertambah hampirlah kamu kepada kubur sehingga kamu masuk ke dalamnya.
Wahai anak Adam, perumpamaan kehidupan kamu di dunia ialah ibarat lalat dimana setiap kali ia bertemu madu ia akan lalai seolah-olah ia akan kekal padanya. Begitulah engkau. Demikianlah di dunia ini, jangan menjadi seperti kayu api yang membakar dirinya dengan api untuk orang lain "
No comments:
Post a Comment