Friday, April 6, 2012

Puteri umi halimah yang sedih :(



            Hari ni, Puteri umi halimah sedih.... tertanya-tanya sendiri... bersalahkah aku? mana silapnya aku? mengapa kau tidak sudi maafkan aku teman sedangkan ucapan maaf itu telah aku lafazkan berkali-kali? Aduhai...  memikirkan itu, hati Puteri umi halimah seakan menangis pilu. Dia berfikir lagi, mungkin cara tegurannya salah, terlalu menyakitkan hati... "lalu hati puteri umi halimah menjawab ; bukankah kau menegur kerana ingin mengubah sikap keanak-anakkannya? sikapnya yang suka lepas cakap tanpa berfikir sehingga kadang-kadang ia tampak bodoh... menjadi lelucon teman-teman... " hm... aduiii.. Puteri umi halimah bingung? bisikan syaitan kah itu? otak berfikir lagi... "jangan salahkan orang lain mungkin itu salahku.."

              Mungkin berdiam itu lebih baik kini... ketegasan Puteri umi halimah mungkin menyakiti hati sang teman yang tersalah sangka... tidak pernah berniat memalukan... cuma mahu kamu berubah teman... Lidah ini akan membawa kita ke neraka jika kita tidak bijak menjaganya... berfikirlah sebelum berkata-kata. Tampaklah bijak sebagai srikandi muslimah.. hmm... hati puteri halimah sedih lagi... tapi bukankah ini tanda Allah menyayangi bila kita teruji. 

            FirmanNya yang bermaksud: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3)

                Aduhai teman.. bukankah ukhuwah ini ukhuwah fillah... maafkanlah aku.... hati Puteri umi halimah menangis lagi. lalu dipujuk lagi dengan sabda Rasulullah SAW

 “Setiap manusia pernah melakukan kesalahan, dan sebaik-baik pelaku kesalahan itu adalah orang yang segera bertaubat kepada Allah SWT”.
  
             Telah aku berusaha mencari kemaafanmu. namun aku tahu teman memberi kemaafan itu sukar. Aku cuma mahu kau tahu, aku cuma mahu menjadi teman baik mu yang mengingatkan.. bukan memujimu agar kau terleka, kadangkala aku menempelek mu dengan kata-kataku yang pendek. Hati ni sedih bila kau tersalah sangka. Terluka bila engkau melukai... terluka bila kau mengatakan garangnya aku bak singa di hutan belantara.. sedangkan kala aku berkata-kata denganmu bibirku sentiasa tertawa dan tersenyum... aduhai teman... andainya kau mengerti... tapi aku yakin Allah itu pemilik hati... moga terbuka hatimu memaafkan aku.... dan aku tahu memafkan itu sukar tapi indah...

           Allah swt berfirman: “…Maka barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas tanggungan Allah.” (Q.S.Asy-Syura : 40). Dari Uqbah bin Amir, dia berkata: “Rasulullah SAW bersabda, “wahai Uqbah, bagaimana jika kuberitahukan kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama? Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi orang yang tidak mau memberimu dan maafkanlah orang yang telah menzalimimu.” (HR.Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baghawy).



p/s :  untuk teman-temanku, maaf Puteri umi halimah dilanda kesibukan.. puteri umi halimah juga tahu kalian turut sibuk... namun puteri umi halimah mohon untuk berehat sebentar.. mungkin langkah puteri akan terbelakang... maafkan puteri umi halimah yaa....

dan untukmu teman.. terimalah...

Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.

Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut , Tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian. Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, sakit hati akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbinayang lahirnya semua dari hati

Apa juga permasalahannya, semuanya dari hati. Kita semua berbeza. Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab pasti, kita yang akan rugi.

No comments:

Post a Comment