Sunday, April 1, 2012

Langkahku di bawah ke asrama damai

            Tidak tahu macam mana mau memulakan... so mula je lah ya... ngeeeeeeeeeeeee :D... semalam kaki ini melangkah ke Asrama Damai... Program yang aku tunggu-tunggu dan alhamdulillah segala lancar, walaupun hujan menyebabkan jadual yang aku rancang bersama Ajk program menjadi tunggang langgang.... Alhamdullillah kalian yang terbaik.... sangat flexible.. dan sebagai ketua projek kali ini... aku amat bersyukur... kalian memberikan kerjasama dan sokongan padu. Syukran jazilan.. syukur ya Allah....

            Semalam segalanya pasti terlakar dalam memori... walaupun aku tak sempat snap walau satu gambar kenangan bersama anak-anak asrama damai dek kerana kesibukan menjalankan tugas... kenangan itu akan tersimpan di hati.

             Masih terngiang suara awin... si kecil yang memegang tanganku tatkala aku sibuk berkemas pulang... katanya, :"Kenapa akak nak balik? tak boleh ke tinggal kat sini je?" bila aku menjawab aku kena pulang ke rumah kerana Asrama Damai itu bukan rumahku... awin bertanya lagi "pastu Ahad bila lagi akak akan datang?" kali ini aku diam... tidak menjawab... soalannya terasa lebih sukar berbanding soalan peperiksaan formatif yang baru aku lalui.. jujur aku tiada jawapan... aku lansung tidak terfikir untuk kembali ke situ sebenarnya... bahkan tadi... bila badan terasa penat, aku berkata pada diri sendiri, sabarlah wahai hati, kejap lagi program selesai... aku boleh balik dan berehat sepuasnya........... Astagfirullah... alpanya aku... terlupa aku pada tujuan asal.... "maafkan akak ya Awin.." hanya itu yang bergema di hatiku kala aku cubit pipi comel si kecil itu.... 

            Dengan hati yang dipenuhi rasa bersalah, aku teruskan berkemas... menunggu bas yang bakal menjemput kami semua. memandangkan bas terlewat... kami duduk beramai-ramai... anak-anak asrama damai datang kepada kami. Bersembang dan bermanja... malah ada yang menitiskan air mata.. ukhuwah yang tercipta dalam masa tidak sampai sehari itu berkesan di hati... malah tidak aku sangka... seorang akhwan ku menitis air matanya kala berpisah dengan si kecil ayie.... alah-alah drama korea juga adegan itu... kala ayie yang masih kecil di ambil  oleh kakak-kakaknya di asrama damai itu, ayie menangis memangil "abang................." sayu suara itu.... menitis air mata seorang lelaki... aduhai penyayang rupanya akhwan ku yang nampak garang ini... so dont judge a book by is cover.... ngeeeeeeee:p

              
              Akhirnya bas kami datang setelah sejam menunggu... detik perpisahan akhirnya memecahkan benteng air mata yang aku tahan... kala makcik di asrama damai itu memeluk aku sambil berkata "anak datang lagi ya"... aduhai....... dapatkah aku kembali lagi... insyaallah aku pujuk hati... selamat tinggal warga Asrama Damai... syukur ya Allah.... Engkau bawah langkahku ke Asrama Damai ini...

Ini dia gambar yang diambil dari facebook Pana Rahmat (teman sekelas yang comel..ngeee tima kasih cik pana kerana ambik gambar kita hari tu}.... barisan peserta projek amal Asrama Damai

ada juga rupanya gambar yang sempat aku snap... tapi seorang je lah.. bersama mural yang dilukis teman-teman seperjuangan


p/s : bersyukurlah pada apa yang kita perolehi hari ini. di luar sana ada yang kurang bernasib baik berbanding kita... syukran ya Allah...


 "Dan hendaklah  kamu beribadat  kepada Allah dan    janganlah kamu  sekutukan Dia  dengan sesuatu  apa jua dan  hendaklah kamu  berbuat baik  kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri" surah An-nissa;36



              

No comments:

Post a Comment