Saturday, May 19, 2012

salam cinta terindah.........

        Masa aku mula menginjak alam remaja... pipiku memerah kala sang adam memandang wajah... kadang-kadang berdebar kuat jantungku, kala ada adam yang cuba merapati... aduhai.. lumrah sang gadis yang mula berkembang... syukran ya Umi kau didik aku agar menjadi bunga taman larangan... Makin bertambah umur ku kini, bisikan cinta itu telah hadir tanpa aku sedari... aku mula kenal cinta... cinta yang terindah.... Cinta yang telah dikirimkan untukku ribuan tahun dahulu.... Maafkan aku ya Rasulullah... lambat aku menyambut salam kasih sayang mu...

         Sungguh besar kasih sayangmu buat kami umatmu... besar syafaatmu.. hinggakan Allah mengharamkan syurga buat umat terdahulu sebelum kami memasukinya... Maafkan aku ya Rasululllah hidupku penuh kemewahan berbanding hidupmu yang sangat bersederhana, aku baring di tilam empuk sedang engkau Nabi Allah berbaring di atas tikar sehingga berbirat belakang mu... Sungguh besar kasihmu ya Rasul Allah hingga hujung nyawamu, kami tetap bermain di bibir mu... Ya Allah, berikanlah kami peluang bersam Rasulullah di akhirat kelak....


          Buat sang teman, mungkin ini kali ke ratusan kalinya anda membaca saat wafatnya Rasullullah... tapi aku ingin berkongsinya sekali lagi, agar rindu kita pada Nabi Muhammad SAW sentiasa bercambah... Insyaallah...

      Hari wafatnya Rasullulah SAW, Isnin 12 Rabiul Awal... Fajar mula menunjukkan sirnanya kala Bilal melaungkan azan memangggil seluruh umat untuk bersujud pada yang Esa. Selesai azan, Bilal mencari imamnya... melangkahlah dia kerumah sang imam. "Assalamualaikum ya Rasulullah" laungan salamnya.. namun tiada sahutan dari Imam tercinta... hanya suara mulus puterinya yang menjawab... maka dalam tertanya-tanya Bilal kembali ke masjid, menunggu sang imam yang dikasihi. Namun hati Bilal dan para jemaah semakin risau, waktu sudah suntuk namun sang imam belum juga memunculkan diri. 

       Maka Bilal sekali lagi melangah ke rumah sang imam. "Assalamualaikum Ya Rasulullah".. Kali ini dijawab oleh sang imam yang dinanti. "Masuklah Bilal, aku sedang disibukkan dengan keadaan diriku. Perintahkanlah Abu Bakar menjadi Imam kaum muslimin". Dengan hati yang sebak Bilal kebali ke masjid. Dikhabarkan pada para sahabat perintah Rasulullah SAW. Sedih di hati semua mula mencengkam. Masakan tidak, Rasulullah SAW sentiasa menjadi imam kini tidak hadir berjemaah. Kala Abu Bakar berdiri di tempat Rasulullah SAW selalu mengimami kaum muslimin, hatinya direnggut sendu. Menangis teresak-esak Abu Bakar, melihat keadaan itu, para sahabat yang lain turut menangis. bertempik meluah rasa.

     Rasulullah SAW yang mendengar tempikan itu, bertanya pada puteri tercinta "Teriakan apakah itu puteriku?" "Itu teriakan kaum muslimin ayahku, mereka sedih engkau tidak bersama mereka" Jawab puteri ayu Rasulullah SAW. Memahami itu, baginda memanggil Ali dan Fadhl Bin Mas'ud untuk memapahnya ke masjid. Maka bersolatlah para muslimin berimamkan Rasulullah SAW buat kali terakhirnya. 

       Selesai solat. Rasullulah SAW berpaling kepada para sahabatnya lantas berkata "Wahai kaum muslimin, kalian adalah titipan Allah, maka bertakwalah. Aku ini juga manusia, saatnya telah tiba. Hari ini adalah hari terakhir aku berada di dunia, dan bermulanya hidupku di akhirat" Lalu baginda memandang wajah sahabat-sahabatnya dengan penuh kasih sayang seolah-olah mengingati setiap inci wajah yang akan dirinduinya. Para sahabat tidak dapat menahan kesedihan. Maka bercucuranlah air mata semuanya.

        Kembali ke rumah. Rasullah SAW menanti Izrail yang bakal datang. Nun disana, Allah memerintahkan pada Malaikat Izrail untuk menjemput kekasih Nya. Diperintahkan Izrail untuk mencabut nyawa Rasulullah SAW selembut yang mungkin, Berfirman Allah SWT "Masuklah jika engkau diizinkan masuk, jika tidak kembalilah". Maka turunlah malaikat Izrail dalam bentu manusia.

          "Assalamualaikum ya Rasulullah bolehkah saya masuk" laungan malaikat Izrail. Namun disambut Fatimah "Waalaikum salam ya Hamba Allah, pergilah ayahku sedang sakit". kata Fatimah. "Assalamualaikum ya Rasullah" Izrail memberi salam buat kali kedua. Kali ini didengar Rasulullah SAW. Maka ditanya puterinya "Siapakah itu Puteriku". Menjawablah Aisyah "Tidak tahu ayahku. Aku tidak pernah melihatnya". Lalu berkata Rasullullah SAW, "Pergilah izinkan dia masuk". Fatimah yang mula tidak sedap hati bertanya lagi "Siapa dia Ayahku". Rasullullah SAW menjawab "Dialah pemutus kehidupan,peramai kuburan, Dialah Malaikat maut". Mendengar itu, hati Fatimah luluh. Lemah segala sendinya. Saatnya telah tiba. Saat untuk berpisah dengan Ayahanda tercinta.

       Masuklah Izrail menghadap Rasulullah SAW. Dilihatnya Rasullullah SAW yang sedang menahan kesakitan. Berpeluh-peluh di pelupuk mata Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bertanya padanya, "Apakah engkau datang melawatku hari ini atau untuk menjemputku". Mendengar itu, Izrail menjawab "Aku datang ingin melawatmu Ya Rasulullah, dan aku ingin menjemputmu". Seraya itu, Rasulullah SAW bertanya.. "Dimanakah keberadaan Jibril?". "Dia sedang berada di atas langit menunggumu bersama para malaikat yang lain ya Rasulullah". Jawab Izrail.

         Lalu turunlah Jibril sebagai seorang Ar Rabbi. Menghadap Rasulullah. Bertanya Rasulullah SAW padanya. Khabarkanlah pada ku apa yang sedang menanti ku. "Para Maikat sedang menantimu disyurga ya Rasulullah, para bidadari sedang berhias untuk menjemput kehadiranmu". Jawab Jibril. "Bagaimana pula dengan Umatku dihari kiamat?" tanya Rasulullah SAW lagi. Menjawablah Jibril "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan syurga untuk nabi-nabi sebelum mu sebelum engkau memasukinya. Maka begitulah jua Allah mengharamkan syurga untuk umat-umat lain sebelum umatmu memasukinya" mendengar itu Rasullulah SAW mengucapkan syukur. Telah lapang dadanya. Dipanggilnya malaikat Izrail. "Marilah laksanakan tugasmu".

          Malaikat Izrail pun memulakan tugasnya. Kala nyawanya sampai dilutut, Rasulullah berkata. "Ya Jibril, sakitnya kematian ini, kulitku terasa seperti disiat-siat". Mendengar itu Jibril memalingkan muka. Saidatina Fatimah sudah bercucuran air mata. Ali memandang ke arah lain. Lalu berkata Rasulullah. "Mengapa engkau memalingkan wajahmu ya Jibril, tidakkah engkau suka melihatku lagi" Menjawablah Jibril.. "Siapakah yang sanggup melihat kesakitan mu Ya Rasulullah. Siapakah yang sanggup melihat engkau disakaratul maut".

          Tika nyawanya sudah sampai di penghujung. Bibir Rasulullah berbisik "Ummati. Ummati. Ummati". Innalillahwainnahirajiun.. Beakhirnya hidup insan yang mencintai kita di bumi ini dengan menyebut kita pada hujung nyawanya. Sungguh tulus kasihmu ya kekasih Allah.


P/S: Untuk teman-temanku... sambutlah salam cinta Rasulullah SAW dengan seikhlasnya... kenalilah pencinta kita ini sedalamnya... agar dapat kita bersua dengannya di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment