Saturday, May 5, 2012

Imtihan? Jodoh?

           Imtihan datang lagi... tapi aku dalam mood sentimental...


        Salam.... aduhai... sunyi sepi lagi blog ini... lama aku tidak menghantar entri.... alasannya apa lagi... SIBUK... hmmm tapi itulah hakikatnya, hari-hariku sibuk dengan macam2 aktiviti dan kini imtihan menjenguk lagi... belajar dan belajar... malah roomate ku juga sibuk menatap nota-notanya... aku? hmmm rehat sebentar... terasa berat otak ni... pening... jadi aku mengambil kesempatan menjengah blog aku yang sunyi sepi ini...
            
         Tadi aku melawat satu blog... terlupa pula siapa nama pemiliknya.... jujurnya aku cemburu... kini dia diambang bahagia... Penulis blog tu bercerita mengenai perkahwinan yang dirancang keluarga, dari benci sekejap cuma kini hatinya dipenuhi bunga-bunga cinta.... ADUH! cemburunya aku... JATUH CINTA PADA SUAMI SENDIRI... bukankah itu cinta terindah???? 

          Lalu aku pandang roomateku yang khusyuk membaca notanya... berdetik hatiku... Cantik!!!! Ya... itulah roomateku, wanita cantik... jarang kami berbual, masing-masing lebih suka menutup mulut, berbicara jika ada yang penting dan kadangkala bersembang kosong mengeratkan sillaturahim...(aku sebenarnya seorang yang banyak cakap, cuma bila kat bilik, mulut pon nak rehat.. heheheh). ok.. jauh memesong.. hmmm.... sebenarnya aku cuma nak beritahu, pada roomateku ini, terdetik juga rasa cemburu, dia dah kahwin... hensem suaminya... Malah yang buat aku lebih cemburu, suaminya kerap telefon... setiap hari... aduhai cemburu lagi... BERCINTA DENGAN SUAMI, bukankah itu cinta terindah?

          Hm... aku fikir-fikir lagi... lantas tersenyum... aku pasti Allah akan menghantar si dia untuk aku nanti... selalu aku berkata pada teman-teman... aku sedang menanti pemilik hatiku, ADUH... aku ketuk kepala sendiri... peperiksaan 2 hari lagi, aku dalam mood sentimental la plak.. hmmm.... doakan aku ya... moga cemerlang dunia akhirat... ngeee :P (k... sambung study)



p/s   : seperti biasa aku akhiri dengan sedikit perkongsian... kali ini aku kongsikan doa untuk mendapatkan jodoh... (hehehehe aduh tetiba aku malu-malu kucing plak... hmmm selamat beramal) dan juga doa menghadapi imtihan


Doa bagi laki2 yang berharap jodoh :

“ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJATAN THOYYIBAH AKHTUBUHA WA ATAZAWWAJ BIHA WATAKUNA SHOOHIBATAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH”.

“Ya Robb, berikanlah kepadaku istri yang terbaik dari sisi-Mu, istri yang aku lamar dan nikahi dan istri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat”.

Doa bagi wanita yang berharap jodoh :

“ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJAN THOYYIBAN WAYAKUUNA SHOOHIBAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH”.

“Ya Robb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat”


Dan buat teman-teman disini terdapat doa-doa menghadapi imtihan 


Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran

- Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”


- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”


Doa Pada Hari Peperiksaan

Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”


2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”


No comments:

Post a Comment