Wednesday, September 7, 2011

blood Clothing @ macam mana darah anda membeku Part I


aku terasa nak pulak masukkan benda alah ni kat sini... ye lah classmate aku mengeluh katanya susah benar nak hafal proses ni... so sambil aku menghafal aku masuk kat sini terus... mana tau senang nak ingat.. hikhikhik so sambil2 baca tgk2lah gambar di atas

pembekuan darah berlaku apabila berlaku kerosakan atau kecederaan pada salur arteri. Pendek kata bila anda terluka. pada masa ini proses VASKULAR SPASM akan berlaku, iaitu vasokontriksi salur darah. Otot licin akan mengecut. Namun ingat vaskular spasm hanya dapat menampung pembekuan darah bagi luka yang kecil sahaja.

maka bermula proses kedua dimana platlet akan memainkan peranannya. Tisu yang cedera akan meransang pembebasan kolagen. Ia akan menyebabkan platlet yang keluar menjadi melekit (Perlekatan platlet). Platlet kemudiaannya kan membebaskan reaksi dengan menjadi aktif dan membebaskan kandungan vesikelnya; ADP, tromboxane A2 dan serotonin bagi mengaktifkan platlet bagi proses Vasokontriksi salur darah yang cedera. Pembebasan ADP menyebabkan platlet menjadi pekat dan menyebabkan pengumpalan berlaku

proses ketiga ialah pembentukan darah. ia melibatkan proses koagulasi iaitu tindakan kimia yang membentuk jaringan fibrin pada salur darah yang cedera. proses ini bermula melalui laluan ekstrinsik yang berlaku dalam beberapa saat sahaja. Ia diaktifkan oleh TF: Tissue Factor ataupun Thromboplastin yang dirembeskan ke dalam saluran darah oleh sel tisu yang rosak dari luar. dengan bantuan ion Ca2+ TF akan mengktifkan faktor X. Apabila faktor X aktif ia bergabung ngan faktor V untuk membentuk enzim protombinase bagi melengkapkan laluan ekstrinsik. Seterusnya laluan intrisik plak dimana ia lebih kompleks dan perlahan. disini activators akan bergabung dengan darah atau kandungan dalam laluan intrisik.kecederaan pada tisu endotelial menyebabkan kerosakan platlet yang menyebabkannya membebaskan fosfolipid.

No comments:

Post a Comment