Friday, September 16, 2011

Bintang



             Semalam.. aku rindu pada kampung halaman, rindu pada langitnya yang indah.... langit yang aku selalu tatap demi mencari ketenangan.. di sini.. langitnya berbeza... jarang aku nampak kalibat bintang.. kadang ada kadang malu plak ia menunjukkan diri... atau sebenarnya ia keterbatasan mata ku... mata kita manusia.. kerna bintang itu sentiasa berada di tempatnya.... ratusan tahun manusia telah menjadikan bintang sebagai penunjuk arah kerana sifatnya yang tetap pada koordinatnya... saat kamu hilang di hutan maupun lautan, carilah bintang utara untuk kamu jadikan panduan... itu yang aku tahu sedikit sebanyak tentang bintang... untuk bercerita tentang bagaimana terbentuknya ia.. bukan kepakaranku... aku pencinta pada keindahannya.. tapi aku terlupa pula mempelajari bagaimana terciptanya ia... Masyaallah lalainya aku... 
                lalu pagi ini aku buka notebook kecilku.. mencari-cari bagaimana terbentuknya ia....pencarianku berakhir jua.. aku tahu kini.. bintang terbentuk dalam gumpalan awan bermolekul.. gas-gas akan berkumpul membentuk gumpalan awan di angkassa lepas.. gumpalan itu mengandungi gas hidrogen dan 23 hingga 24 peratus gas helium serta beberapa peratus lagi elemen berat... setelah beberapa lama ia menjadi kawasan yang padat dan tidak stabil secara graviti.. ia akan berpecah dan meletup. dalam letupan tersebut sebahagian daya graviti teras bintang hilang dan bertukar sebagai haba infra dan sekaligus meningkatkan suhu teras. Apabila kepadatan dan suhu menjadi cukup tinggi, pelakuran deuterium bermula, seterusnya tekanan luaran menghasilkan sinaran secara memperlahankan. Manakala bahan lain dari gumpalan awan disekelilingnya akan berterusan diserap ke dalam proto bintang. Akhirnya, hidrogen mula bergabung diteras bintang, dan bahan penyalut yang lain mulai hilang. Bagi bintang berjisim tinggi, tempoh proses pembentukannya boleh dibandingkan dengan skala masa lain bagi evolusi mereka. Ia lebih pendek, dan proses tersebut tidak ditetapkan dengan jelas. Bintang akan mencapai jujukan utama apabila terasnya mencapai suhu yang mencukupi untuk mencetuskan perlakuran hidrogen dan memulakan keseimbangan hidrostatik. Sepanjang bintang yang berada di dalam jujukan utama, ia secara perlahan-lahan menukarkan hidrogen kepada helium dan hayat bintang dalam jujukan utama akan tamat apabila hampir ke semua hidrogen dalam teras habis digunakan. Proses pembentukkan bintang tersebut memakan masa yang amat panjang iaitu jutaan tahun..
           selesai aku membaca proses ini, aku semakin kagum... semakin cantik bintang itu kelihatan di mataku... maha suci Allah yang menciptakan bintang-bintang.. sungguh luar biasa.. Subahanallah... indah sungguh ciptaanmu ya Allah... firman Allah:
           "Dan sungguh, Kami telah menciptakan gugusan bintang di langit dan menjadikannya terasa indah bagi orang yang memandang(nya)"Al-hijr;ayat16.
           "Demi langit yang mempunyai gugusan bintang, dan demi hari yang dijanjikan, Demi yang menyaksikan dan yang disaksikan"Al-buruj;Ayat 1-3.

 

No comments:

Post a Comment