Saturday, September 17, 2011

Bila ditanyakan padaku " Blog kamu bercerita tentang apa?"

              Malam sudah sampai di pertengahannya... aku masih tak mampu lelapkan mata... aduhai... sekejap duduk sekejap baring.. akhirnya aku menatap blog ku ini... 3 entri dalam 2 hari... mungkin esok akan bertambah lagi???? aku senyum saja....lalu aku teringat pertanyaan seorang teman... blog kamu tentang apa? islamic kah?  

               Aku terdiam dengan pertanyaan ini.... takut tersalah kata.. tersalah penafsiran menyebabkan yang menerima itu kurang faham atau mungkin disalah mengertikan..setelah berfikir barulah aku menjawab...tidak pernah aku khususkan blog ini tentang apa-apa? sebenarnya ia tentang apa yang aku fikirkan... apa yang berlaku dalam hidupku...apa yang ingin aku sampaikan dan apa yang ingin aku kongsikan... Jika kamu merasakan ia sedikit islamic, ya tepat sekali.. kerana aku seorang muslim.... jadi keseluruhan hidupku berkait dengannya... tidak dapat kamu asingkan islam itu dari seorang muslim... kerana setiap perlakuan, pergerakan kita itu boleh jadi ibadah atau dosa... malahan setiap hembus nafas kita itu ibadah jika kena pada caranya.... Islam itu jumud... ia merangkumi segala-segalanya...  
              
              Tapi ingin aku tegaskan sekali lagi, blog ini tentang apa yang berlaku di mindaku... maklumat yang dibawa impuls2 dan kemudiannya diedarkan oleh sinaps2 otakku untuk mengarahkan jari-jemariku menari-nari diatas papan kekunci lappy hadiah abiku (Syukran ya Abi, Sarang hae yo.. hihihi)...terlayan sebentar kerinduan buat org yang mendidik dan menjaga aku sejak dilahirkan... berbalik pada persoalan yang ditimbulkan. entri-entri ku kadang  tentang perasaan.. kadang tentang keindahan alam.. tentang kadang sains yang aku pelajari... ia mengikut saja rentak mindaku.. hidup ini terlalu menarik untuk aku ceritakan.... mungkin kerana itu entri-entriku suka berlari-lari dari satu topik ke topik yang lain.... itu mungkin yang dapat aku gambarkan... hihihi selamat malam teman.. moga terjawab persoalan mu... senyumlah selalu... kerana senyuman itu menjadikan wajahmu indah berseri....




    hihihi gambar-gambar diatas ni hiasan semata-mata... sekadar mencuci mata :p

Yang kat bawah ni pula mari kita sama- sama renungkan....

sering kita menadahkan tangan untuk berdoa pada Allah... maka jagalah tangan ini agar tidak berbuat dosa dan kerosakan... moga-moga tangan ini kita gunakan di jalan Allah... Insyallah...

Firman Allah SWT; Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahanmu) Asy-syura;ayat 30
Subahanallah Maha Pengasih dan Pengampun engkau ya Rab..

No comments:

Post a Comment