Wednesday, September 7, 2011

Kekuasaan Allah


Di saat aku merenung ke luar tingkap, aku mengeluh merindui kampung halaman ku.. SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU, rindu pada udaranya yang segar.. Aku mengeluh lagi... hmmm.. JEREBU nampaknya... tapi aku terus juga duduk disitu... terus merenung kehadapan... lama-kelamaan otakku terhibur... melihat kereta-kereta yang bergerak.. kecil jer.. boleh muat dalam genggaman ku.. sesekali komuter lalu menggamit pandangan mataku.... leka aku dalam keadaan itu, Subahanaallah bibirku tiba-tiba berkata, cepat-cepat hatiku istigfar.... aku mengeluh, mencemuh keadaan kota yang sesak dan berjerebu tadi... Terlupakah aku, Jerebu itu hasil dari tangan-tangan manusia.. dan yang terbentang luas dihadapan ku ini adalah kurniaan Allah. Ilmu yang Allah kurniakan demi ketamadunan manusia, kemudahan kita... Ya Allah.. kini aku sedar bukan setakat  keindahan alam yang patut aku syukuri, tapi dalam jerebu ini aku sepatutnya bersyukur kerana dengan izinmu manusia mampu mencipta kereta, membuat besi terbang di udara.. Maha mengetahui engkau ya Allah...... Kekuasaan MU tiada batasannya...

No comments:

Post a Comment