Rajin sungguh anak umi Halimah ni kan... hehehe  itu yang berlalu di minda ku kini.. buat masa ni kerap jari jemari ku menari di sini...mengetik bait-bait kata dari hati dan mindaku... mengisi kekosongan masa... almaklumlah masih bercuti....  hehehe banyak plak aku berbunga-bunga.. terus kepada point utama.. aku ingin bicara tentang cemburu... menurut persepsi kamu apa itu cemburu?? Hmmm.. aku juga kabur-kabur.. tapi kata org tua-tua ia tanda kita sayang... persoalannya bagaimana kita membuatkan cemburu ini menjadi Ibadah kepada kita? Ingat jangan jadikan cemburu itu membuat kita fasiq dan munafiq.. Nauzubillah.... cemburulah dengan berhikmah... cuma aku belum tau caranya.. insyaallah akan aku cari dan kongsikan di sini... 
Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : “Jika aku nampak ada lelaki  yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku”,  maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu nabi  memberi respond : “Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama)  yang dipunyai oleh Sa’ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil  endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu  dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara  keji  yang ternyata dan tersembunyi.. ” ( Riwayat Al-Bukhari &  Muslim )
 
No comments:
Post a Comment