Sunday, September 11, 2011

La Tahzan Gadisku...


LA TAHZAN GADIS KU, bernafaslah dengan bebas untuk menggapai segala impian dan janganlah kamu takut menghadapi masa depanmu... itu coretan Najlah Mahfuzh.. Tapi ini cerita tentang tarian jemari ku,  tentang perjalanan mindaku..

La Tahzan Gadisku,
Jika jiwa mu resah,
tenangkan lah ia dengan zikrullah
insyaallah kau ketemu
dengan yang namanya KETENANGAN


La Tahzan Gadisku,
Jika hatimu terluka,
Tangisilah ia,
dengan tangisan kegembiraan,
kerana Allah mengirimkan kepada mu
tanda kerinduaanNYA pada mu

La Tahzan Gadisku
Jika hatimu takut akan masa depanmu,
berpeganglah pada keyakinan
Cinta Allah pada hambanya
tak terkira luasnya..

La Tahzan Gadisku
Jika engkau tertanya-tanya
Siapa dia yang bakal menemanimu?
pemimpin di hari tua mu?
ingatlah Allah telah kirimkan dia untukmu
pada waktunya nanti tidak akan terlewat walau sesaat pun
dan dia adalah yang TERBAIK untukmu

La Tahzan Gadisku
andai kau masih juga bersedih...
ingatlah Allah sentiasa di sisimu
dan mungkin kesedihanmu itu
menghalang engkau daripada dosa
Insyaallah

4 comments:

  1. Berkata Abu Umamah Al-Bahili r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda: Allah telah berfirman:
    "Sebaik-baik persembahan yang dapat diberikan hamba-Ku kepada-Ku ialah menyampaikan nasihat kerana Aku." (Riwayat: Ahmad, Hakim dan Abu Nu'aim)
    insyallah....lillahitaala

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete